Wednesday, May 29, 2013

PERGINYA PERMATA BERHARGA

Tanggal 29 Mei 1973 , semua kaum bersama berduka dengan berita pemergian seorang Seniman Agong yang tiada tolok bandingannya dari segi idea & kretiviti dalam industri seni . Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau sangat terkenal dengan nama P.RAMLEE , telah meninggalkan kita semua . Sangat menyentuh hati bila dikhabarkan pemergian beliau dalam keadaan miskin , dihina , dicerca dan dipinggirkan dari apa jua benda . Berbalik kepada cerita asal Allahyarham yang di lahirkan di Pulau Pinang , jika di ikutkan beliau lah anak Malaysia Pertama yang sangat berjaya dalam industri perfileman am nya . Selepas menang pertandingan di Radio Utara , bakat beliau di tagih oleh Syarikat filem di Singapura ketika itu dinamakan Shaw Brothers . Bermula dengan kerja sebagai clapper boy sehingga bakat beliau di asah menjadi seorang pengarah yang sangat berjaya . Di sana bermulalah zaman kegemilangan P.Ramlee....


Bakat yang beliau ada sangat membanggakan , sehingga sekarang ini , terlalu banyak pertandingan atau apa jua acara yang ingin mencari pengganti beliau . Sebagai anak muda yang membesar dengan filem-filem P.Ramlee , kita harus berbangga kerana dalam negara kita pernah wujud seorang insan yang bergelar P.Ramlee , salah seorang tokoh yang sangat berjaya dalam  industri seni . Kehilangan P.Ramlee adalah ketentuan ilahi , takkan ada lagi P.Ramlee yang kedua tapi pastinya ada bakat yang mirip seperti P.Ramlee yang masih lagi belom di temui . Diakhir hidupnya di Kuala Lumpur , memetik dari satu dialog di antara P.Ramlee & Saloma di dalam pementasan teater P.Ramlee The Musical di Istana Budaya .

P.Ramlee  : Sally , kalau i mati , adakah semua orang akan mengingati i ?
Saloma      : Kalau you mati Ram, orang akan ingat you seribu tahun lagi .

Memang benar apa yang di katakan Allahyarhamah Puan Sri Saloma . Nama P.Ramlee akan segar dalam ingatan kita sehingga seribu tahun lagi . Semoga roh Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee & Allahyarhamah Puan Sri Saloma ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman , amin....AL-FATIHAH~



No comments:

Post a Comment