Wednesday, May 29, 2013

PERGINYA PERMATA BERHARGA

Tanggal 29 Mei 1973 , semua kaum bersama berduka dengan berita pemergian seorang Seniman Agong yang tiada tolok bandingannya dari segi idea & kretiviti dalam industri seni . Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau sangat terkenal dengan nama P.RAMLEE , telah meninggalkan kita semua . Sangat menyentuh hati bila dikhabarkan pemergian beliau dalam keadaan miskin , dihina , dicerca dan dipinggirkan dari apa jua benda . Berbalik kepada cerita asal Allahyarham yang di lahirkan di Pulau Pinang , jika di ikutkan beliau lah anak Malaysia Pertama yang sangat berjaya dalam industri perfileman am nya . Selepas menang pertandingan di Radio Utara , bakat beliau di tagih oleh Syarikat filem di Singapura ketika itu dinamakan Shaw Brothers . Bermula dengan kerja sebagai clapper boy sehingga bakat beliau di asah menjadi seorang pengarah yang sangat berjaya . Di sana bermulalah zaman kegemilangan P.Ramlee....


Bakat yang beliau ada sangat membanggakan , sehingga sekarang ini , terlalu banyak pertandingan atau apa jua acara yang ingin mencari pengganti beliau . Sebagai anak muda yang membesar dengan filem-filem P.Ramlee , kita harus berbangga kerana dalam negara kita pernah wujud seorang insan yang bergelar P.Ramlee , salah seorang tokoh yang sangat berjaya dalam  industri seni . Kehilangan P.Ramlee adalah ketentuan ilahi , takkan ada lagi P.Ramlee yang kedua tapi pastinya ada bakat yang mirip seperti P.Ramlee yang masih lagi belom di temui . Diakhir hidupnya di Kuala Lumpur , memetik dari satu dialog di antara P.Ramlee & Saloma di dalam pementasan teater P.Ramlee The Musical di Istana Budaya .

P.Ramlee  : Sally , kalau i mati , adakah semua orang akan mengingati i ?
Saloma      : Kalau you mati Ram, orang akan ingat you seribu tahun lagi .

Memang benar apa yang di katakan Allahyarhamah Puan Sri Saloma . Nama P.Ramlee akan segar dalam ingatan kita sehingga seribu tahun lagi . Semoga roh Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee & Allahyarhamah Puan Sri Saloma ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman , amin....AL-FATIHAH~



Wednesday, January 23, 2013



Assalamualaikum & salam sejahtera , aku kembali J

Tanggal 20 Januari 2013 , setelah hampir dua tahun aku tak photoshoot talent atau model , akhirnya kawan aku Zhafri Suhardi yg sekarang nie dah berjaya tempatkan diri sebagai salah seorang photografer di akhbar Utusan Malaysia berjaya bawak aku kembali ke outdoor untuk berphotoshoot J
Hampir dua tahun aku tak berphotoshoot , faham-faham lah kan , skill ke lautlah J ber’model’ kan EMMA TOSH sebagai subjek utk di shoot , aku berhempas pulas untuk kembalikan semua skill dan apply ape yang aku dah belajar selama dua tahun kat ASWARA masa berphotoshoot tu . Berlokasi diTaman Tasik Perdana , antara hasil-hasilnya…
 
 
 
 
 
Antara gambar-gambar kegemaran , klikk gambar kalau nk tgk original photo ok J
 
 
 
 
 

Monday, December 31, 2012

Assalamualaikum semua J

Pejam celik pejam celik , skrg kita dah masuk Tahun 2013 . macam tak percaya yg skrg nie tahun ke-21 aku hidup dalam dunia nie , Alhamdulillah… Untuk celebrate new year nie aku tak kemana-mana pun , hanya di rumah oleh kerana kecederaan kaki yang aku dpt masa shooting di Kuantan lepas . Papepun utk entri kali nie aku nk cerita sikit pasal tahun 2012 , cerita yg menarik je ok ,  jom kita mula heheeeee J

Seingat aku , tahun 2012 terlalu byk dugaan yang aku lalui , aku hepy , aku sedih , aku menangis , semua ade J mcm2 yg jadi tahun 2012 J Antaranya aku jadi Pengarah buat kali pertamanya , walaupun hanya utk subjek kelas , kepercayaan yang dorg bg sangat bernilai . Buat pertama kalinya aku jd Pengarah utk Documentary yg berdurasi 15 minit yang bertajuk ‘ Kisah-Kisah Aneh Penggali Kubur ’ . Apa yg boleh aku kata , sangat mencabar masa shooting utk docu nie . Ade yang di ganggu semasa dilokasi , ade yang di ganggu mse tidur kt rumah aku , wah sangat hebat pengalaman tu , akhirnya aku berjaya buat docu nie sampai abis , bawah nie ade gambar mase shooting tu , heheee J
 
 
   
 




Seterusnya , aku dpt pengalaman baru . Aku berjaya terpilih utk melakonkan watak utama dalam Pementasan Makyung Sindo di Aswara . Juga sebagai penilaian utk aku dlam subjek teras Makyung II . Utk penilaian studio , aku dan grup filem digabungkan dgn grup dr fakulti tari . Pengalaman kerjasama dgn dorg sume sgt indah belaka J kita hepy sama , kita gaduh sama , kita gossip sama , kita show pun sama J Dorg dr fakulti tari sangat professional dlm pementasan J Selepas penilaian studio nama aku sorg terpilih utk watak dalam Pementasan Besar sebagai Peran Tua . Punyalah tak sangka aku terpilih sebab dr penilaian studio , ade 3 orang yg pegang watak Peran Tua dan akhirnya aku yg terpilih . Alhamdulillah aku dgn kawan-kawan berjaya pentaskan satu teater Makyung yg sangat menarik bagi aku . Dan yang paling best , aku dpt jumpa pelakon pujaan aku Nad Zainal !!! Aku suruh dia dtg utk bg tunjuk ajar kt kami semua , thnx kak Nad bg aku Big Apple mase tu , artis bg Big Apple , kau adoooo ? J
 
 
 
 
Shooting… Selalunya kalau aku turun shooting aku sebagai crew je , tp kali nie aku diberi peluang utk jadi extra dalam magazine program dr RTM yg tajuknya Generasi Aktif . Sape yg tak goyang bila beraksi depan kamera , tapi semuanya ok J episode tu aku sebagai remaja yg sangat minat dengan kapoeira J walaupun tak pernah terfikir pun pasal bnd tu , hahahaa . Malangnya selepas berkapoeira , aku dpt cedera yg paling teruk dlm masa 20 tahun aku hidup , seolah-olah kaki aku lumpuh lepas berkapoeira tu . Tapi aku terharu giler , pihak produksi sgt bertanggungjawab , aku dilayan macam aku pengacara dlm program tu . Mane taknya , aku dipapah kemana je aku pegi . Sampai kt rumah plak , dorg jumpa mak bapak aku utk bgtau hal sebenar . Alhamdulillah family aku ok , sekarang nie aku dok umah tak boleh jalan L so sad kannn L korg layan jelah gambar kt bawah nie J
 
 
 
 Hmmm , aku harap tahun 2013 nie akan lebih baik dr tahun 2012 , semoga semua dpt kehidupan yg lebih baik ok , Salam Ukhwah , Assalamualaikum J

Thursday, December 27, 2012


Assalamualaikum J

Akhirnya result utk sem 3 dah keluar , Alhamdulillah semuanya lulus . Walaupun ade rasa tak puas hati dgn result sendiri , aku redha dgn result yg aku dpt J

Aku dh usaha sehabis baik utk sem nie , mgkin lepas nie aku kena tingkatkan lagi usaha utk terus lebih berjaya . InsyaAllah , dengan izin dariNya , dgn usaha aku akan dtg , berkat doa dr ibu dan bapa aku , insyaAllah aku akn berjaya satu hari nanti J

Hah nie nk cerita satu cerita , 24 Disember lepas aku dgn family pegi Istana Budaya utk Ali Baba The Musical . Hmmm nie nk cerita sikit J

Sebelum teater nie dipentaskan , tiga atau empat tahun lepas ade teater yg sama tapi tajuknya Teater Muzikal Kanak-Kanak Ali Baba . Bagi aku yg dh tgk show sebelum nie aku mengharapkan pementasan semula nie akan lebih baik tapi malangnya…..Mungkin pemilihan pelakon tak sesuai . Antara pelakon di TV & pelakon teater  banyak bezanya , bg aku lakonan Elfira Loy & Fizo Omar sangat mengecewakan . Watak yg Elfira pegang adalah watak Marjinah . Korg semua mesti dh tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok , watak Marjinah adalah hamba yg cantik , ayu , sopan santun , lembut budi bahasa ,pergerakan yg cantik . Tapi malangnya sebaliknya yang berlaku . berlawanan pulak wataknya , hmmm… Pujian aku utk sebahagian artis yg menaikkan mood aku malam tu . PakNil , Ebby Yus , Najua Pramlee , watak yang jadi Norsiah . Itu baru dinamakan pelakon yg hebat J tp overall semua ok , aku suka set dorg , memang MELETOP !!!

Ok bawah nie plak korg layan lah video nie , saje post lakonan batch aku utk Makyung Sindo lepas J comment lah ya , kalau boleh cariklah aku dlm tu J ok guys , nyte~
 
 

Tuesday, June 26, 2012

Salam 1 , 2 dan 3 Malaysia dan Salam Ukhwah =)

Dah lama betol aku tak update kt sini , al-maklumlah , sgt sibuk dengan kelas dan sebagainya =)
Sebenarnya aku makin lama makin menyampah bukak laptop ne sbb memori-memori lama terpacul kembali kt depan mata aku , hmmm apekan daya , nk beli laptop baru tak der duit mcm sstgh org yg pakai nrg canggih .
 
Oklah , cerita aku bermula kt sini , pejam celik pejam celik , skrg nie aku dh 20 tahun hidup kt dunia ni =)
makin lama makin tua dh umur aku . Tapikan , makin umur kita meningkat , makin banyak perangai orang yg kita akan kenal kt dunia nie =) oklah , pendekkan cerita , bermula saje semester akan datang aku dh masuk tahun 2 di ASWARA dalam bidang filem dan akan dapat junior =) harap dorang friendly lah dgn aku .

Aku msh tak percaya , dalam percubaan kawan aku David Amuthesan sbg pengarah dan DOP , aku sebagai pembantu cameraman , Chey Yushen , Izzah Hadi , Farah Izaty , Azlan Danial , Hanif Latiff , Danial Syabil dan Mus'ab Izzudin , kami sama-sama turun shooting bg menghasilkan muzik video bagi kelas Pengurusan Produksi II . Selepas siap semua , david hantar muzik video tu utk bertanding di Festival Filem & Video Pelajar 2012 di UiTM Shah Alam =) macam tak percaya bila muzik video nie terpilih utk ke malam gala FFVPM sebagai TOP 5 Muzik Video Terbaik . Walaupun kalah , aku bangga dengan produksi nie , walaupun ade masalah tp kami dh berjaya hasilkan video yg sangat menarik bagi aku =)
Aku tak nk ckp banyak lagi , bwh ne Muzik Video yang kami siapkan , harap korg sume enjoyyyyy =)



Saturday, August 13, 2011

Salam 1 Malaysia semua :)

aku hepy dgn hidup aku skrg :)
aku ade rmai mmbe :) 
sume giler mcm aku jgk :) jyeah.....
dh nme pn bdk filem aswara , 
kalo tk der buah tgn tak sah lah kan :) 

yg kt bwh ne hasil dr hasil grup kami kt aswara :)


Pengarah : Timothy
Pen. Pengarah : Ulii Azman
Sinematografi : AFIE ZENAL 
Make-Up Artis : Tan Tengku Alam
Jurufoto : Khalil Afif

Pelakon :
Danial Syabil
Remy
Siti

p/s : nie lah hasil kami utk pertandingan Video Zakat anjuran MAIWP , doakan kejayaan kami :)